Skip to main content

PANDUAN ASAS PENJAGAAN SUGAR GLIDER DI MALAYSIA

KESALAHAN OWNER BARU BELA SUGAR GLIDER

KESALAHAN OWNER BARU BELA SUGAR GLIDER Ramai orang mula membela Sugar Glider kerana tertarik dengan rupa mereka yang kecil, comel dan unik. Namun tanpa pengetahuan yang betul, ramai owner baru melakukan kesilapan yang sebenarnya boleh memberi kesan kepada kesihatan dan tingkah laku Sugar Glider. Kesalahan ini biasanya berlaku kerana kurang pengalaman atau maklumat yang tidak tepat. Oleh sebab itu, penting untuk owner baru memahami perkara-perkara asas supaya Sugar Glider dapat dijaga dengan lebih baik. Berikut adalah beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh owner baru. MEMBERI MAKANAN YANG TIDAK SEIMBANG Salah satu kesilapan paling biasa ialah memberi makanan yang tidak seimbang. Ada owner yang hanya memberi buah sahaja kerana menyangka Sugar Glider hanya makan buah. Sebenarnya Sugar Glider memerlukan diet yang seimbang yang terdiri daripada: protein buah sayur nectar atau protein supplement Jika diet tidak seimbang, Sugar Glider boleh mengalami masalah kesihatan seperti Hind Leg ...

DIET PEMAKANAN SUGAR GLIDER

 



 

Ramai owner baru beranggapan sugar glider boleh makan apa sahaja buah atau makanan manis.

Hakikatnya tidak.

Sugar glider memerlukan diet yang seimbang antara protein, buah, sayur serta mineral. Diet yang tidak seimbang boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan seperti kekurangan kalsium dan Hind Leg Paralysis (HLP).

Oleh itu, memahami diet yang betul sangat penting sebelum membela sugar glider.


1. Makanan Asas Sugar Glider (Protein & Nectar)

Sugar glider memerlukan sumber protein dan nutrisi lengkap sebagai makanan asas.

Ramai breeder menggunakan bancuhan protein khas untuk memastikan sugar glider mendapat nutrisi yang mencukupi.

Contoh makanan asas:

• Petopia High Protein Supplement
• Petopia Nectar

Bancuhan ini biasanya diberikan pada waktu siang atau petang.

Protein membantu:

• pertumbuhan badan
• perkembangan otot
• tenaga untuk aktiviti malam

Tanpa protein yang mencukupi, sugar glider boleh menjadi lemah dan kurang aktif.


2. Protein Tambahan

Selain bancuhan protein, sugar glider juga boleh diberi sumber protein semulajadi.

Biasanya diberi pada waktu malam kerana sugar glider aktif pada waktu malam.

Contoh protein yang sesuai:

• ayam rebus tanpa garam
• telur rebus
• scrambled egg tanpa minyak

Protein tambahan membantu mengekalkan kesihatan dan memberi tenaga kepada sugar glider.


3. Buah

Buah merupakan salah satu makanan kegemaran sugar glider.

Namun buah perlu diberikan dalam kuantiti kecil sahaja kerana kandungan gula yang tinggi.

Contoh buah yang biasanya selamat:

• betik
• tembikai
• blueberry
• anggur
• mangga

Buah perlu dipotong kecil supaya mudah dimakan.


4. Sayur

Sayur membantu menambah serat serta vitamin dalam diet sugar glider.

Contoh sayur yang boleh diberi:

• lobak merah
• brokoli
• timun
• kailan
• sawi

Sayur biasanya dipotong kecil atau diparut supaya mudah dimakan.


5. Air Minum

Sugar glider perlu sentiasa mempunyai akses kepada air bersih.

Perkara penting:

• gunakan air kosong
• tukar air setiap hari
• pastikan botol atau bekas air sentiasa bersih


6. Perkara Paling Penting Dalam Diet Sugar Glider

Keseimbangan Kalsium dan Fosforus

Dalam diet sugar glider, perkara paling penting ialah nisbah kalsium dan fosforus (Ca:P ratio).

Jika makanan mempunyai fosforus lebih tinggi daripada kalsium, badan sugar glider tidak dapat menyerap kalsium dengan baik.

Dalam jangka masa panjang, keadaan ini boleh menyebabkan:

• tulang lemah
• masalah pergerakan
• Hind Leg Paralysis (HLP)


Jangan Terlalu Banyak Buah

Walaupun sugar glider suka makanan manis, buah yang terlalu banyak boleh menyebabkan:

• obesiti
• masalah gigi
• ketidakseimbangan diet

Buah sepatutnya hanya menjadi sebahagian kecil daripada diet harian.


Diet Mesti Seimbang

Diet sugar glider yang baik perlu mengandungi:

• protein
• buah
• sayur
• mineral

Memberi satu jenis makanan sahaja tidak mencukupi untuk kesihatan jangka panjang.


Contoh Diet Harian Sugar Glider

Waktu siang / petang

• bancuhan Petopia High Protein + Nectar

Waktu malam

• ayam rebus atau telur
• sedikit buah
• sedikit sayur



Diet yang betul sangat penting untuk memastikan sugar glider hidup sihat dan aktif.

Ramai masalah kesihatan sugar glider sebenarnya berpunca daripada diet yang tidak seimbang.

Dengan memberikan diet yang betul sejak awal, owner dapat membantu sugar glider hidup lebih lama, sihat dan aktif.


 

Comments

Popular Posts