Skip to main content

PANDUAN ASAS PENJAGAAN SUGAR GLIDER DI MALAYSIA

KESALAHAN OWNER BARU BELA SUGAR GLIDER

KESALAHAN OWNER BARU BELA SUGAR GLIDER Ramai orang mula membela Sugar Glider kerana tertarik dengan rupa mereka yang kecil, comel dan unik. Namun tanpa pengetahuan yang betul, ramai owner baru melakukan kesilapan yang sebenarnya boleh memberi kesan kepada kesihatan dan tingkah laku Sugar Glider. Kesalahan ini biasanya berlaku kerana kurang pengalaman atau maklumat yang tidak tepat. Oleh sebab itu, penting untuk owner baru memahami perkara-perkara asas supaya Sugar Glider dapat dijaga dengan lebih baik. Berikut adalah beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh owner baru. MEMBERI MAKANAN YANG TIDAK SEIMBANG Salah satu kesilapan paling biasa ialah memberi makanan yang tidak seimbang. Ada owner yang hanya memberi buah sahaja kerana menyangka Sugar Glider hanya makan buah. Sebenarnya Sugar Glider memerlukan diet yang seimbang yang terdiri daripada: protein buah sayur nectar atau protein supplement Jika diet tidak seimbang, Sugar Glider boleh mengalami masalah kesihatan seperti Hind Leg ...

BUAH DAN SAYUR YANG TIDAK SESUAI DIMAKAN OLEH SUGAR GLIDER

 



SENARAI BUAH DAN SAYUR YANG TIDAK SESUAI UNTUK SUGAR GLIDER

(Kerana kandungan fosforus lebih tinggi daripada kalsium)

Ramai owner baru beranggapan semua buah dan sayur selamat untuk sugar glider.

Hakikatnya tidak.

Dalam pemakanan sugar glider, perkara paling penting ialah keseimbangan kalsium dan fosforus (Ca:P ratio).

Jika makanan mempunyai fosforus lebih tinggi daripada kalsium, ia boleh menyebabkan badan sugar glider gagal menyerap kalsium dengan baik.

Dalam jangka masa panjang, keadaan ini boleh menyebabkan masalah kesihatan serius seperti Hind Leg Paralysis (HLP).



BUAH YANG TIDAK SESUAI UNTUK SUGAR GLIDER

Berdasarkan jadual nutrisi yang dirujuk, buah-buah berikut mempunyai kandungan fosforus lebih tinggi daripada kalsium, maka tidak sesuai dijadikan makanan sugar glider.

• Blueberries (frozen)
• Jackfruit
• Jujube
• Raspberries (frozen)
• Mango (no peel)
• Grapefruit
• Pears
• Raspberries (raw)
• Dates
• Kiwi
• Cantaloupe
• Breadfruit
• Apricots
• Honeydew
• Apples
• Grapes
• Asian Pear
• Plums
• Carambola
• Bananas
• Avocado
• Passion Fruit
• Coconut
• Longans




SAYUR YANG TIDAK SESUAI UNTUK SUGAR GLIDER

Sayur berikut juga mempunyai nisbah fosforus lebih tinggi daripada kalsium.

Oleh itu ia tidak sesuai dimasukkan dalam diet sugar glider.

• Green Beans
• Snowpeas
• Carrots
• Chayote
• Acorn Squash
• Cucumber (peeled)
• Cucumber (with peel)
• Brussels Sprouts
• French Beans
• Bamboo Shoots
• Parsnips
• Cauliflower
• Alfalfa Sprouts
• Pumpkin
• Asparagus
• Ginger Root
• Beets
• Eggplant
• Peas (frozen)
• Peas (raw)
• Lima Beans
• Black-Eyed Peas
• Corn


KENAPA MAKANAN INI PERLU DIELAKKAN

Jika sugar glider makan makanan tinggi fosforus terlalu kerap:

• badan sukar menyerap kalsium
• tulang menjadi lemah
• otot menjadi lemah
• sugar glider boleh mengalami HLP (Hind Leg Paralysis)

HLP adalah antara penyakit yang paling sering berlaku pada sugar glider yang diberi diet tidak seimbang.


DIET YANG LEBIH SELAMAT UNTUK SUGAR GLIDER

Diet sugar glider yang baik biasanya mengandungi:

• sumber protein
• buah dengan nisbah kalsium lebih tinggi
• sayur dengan nisbah kalsium lebih tinggi
• nectar atau supplement diet

Diet yang seimbang membantu menjaga tulang, tenaga dan kesihatan keseluruhan sugar glider.


Comments

Popular Posts