Skip to main content

PANDUAN ASAS PENJAGAAN SUGAR GLIDER DI MALAYSIA

KESALAHAN OWNER BARU BELA SUGAR GLIDER

KESALAHAN OWNER BARU BELA SUGAR GLIDER Ramai orang mula membela Sugar Glider kerana tertarik dengan rupa mereka yang kecil, comel dan unik. Namun tanpa pengetahuan yang betul, ramai owner baru melakukan kesilapan yang sebenarnya boleh memberi kesan kepada kesihatan dan tingkah laku Sugar Glider. Kesalahan ini biasanya berlaku kerana kurang pengalaman atau maklumat yang tidak tepat. Oleh sebab itu, penting untuk owner baru memahami perkara-perkara asas supaya Sugar Glider dapat dijaga dengan lebih baik. Berikut adalah beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh owner baru. MEMBERI MAKANAN YANG TIDAK SEIMBANG Salah satu kesilapan paling biasa ialah memberi makanan yang tidak seimbang. Ada owner yang hanya memberi buah sahaja kerana menyangka Sugar Glider hanya makan buah. Sebenarnya Sugar Glider memerlukan diet yang seimbang yang terdiri daripada: protein buah sayur nectar atau protein supplement Jika diet tidak seimbang, Sugar Glider boleh mengalami masalah kesihatan seperti Hind Leg ...

Panduan Buah dan Sayur Berdasarkan Nisbah Kalsium dan Fosforus

 

Sugar glider memerlukan diet yang seimbang untuk memastikan kesihatan tulang, tenaga dan sistem badan mereka sentiasa baik.

Salah satu perkara penting dalam pemakanan sugar glider ialah nisbah kalsium dan fosforus (Ca:P).

Secara umum, makanan yang baik untuk sugar glider ialah makanan yang mempunyai kandungan kalsium lebih tinggi daripada fosforus.

Jika fosforus terlalu tinggi berbanding kalsium, ia boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti HLP (Hind Leg Paralysis).





Prinsip yang breeder selalu guna untuk diet sugar glider ialah:

Kalsium mesti lebih tinggi daripada fosforus
• Maksudnya ratio Ca:P mesti lebih dari 1

Kalau fosforus lebih tinggi atau sama, makanan tu tak sesuai masuk senarai “boleh makan selalu”. Biasanya hanya bagi sedikit atau elakkan.

Jadi saya tapis daripada jadual dalam gambar dan ambil yang ratio lebih daripada 1 sahaja.


BUAH YANG SESUAI (Ca:P LEBIH TINGGI)

Buah ini kalsium lebih tinggi daripada fosforus.

• Roselle
• Papaya
• Rose Apple
• Kumquat
• Oranges
• Figs
• Cherimoya
• Prickly Pear
• Mandarin Oranges
• Lime
• Lemon
• Custard Apple
• Pineapple
• Blueberries (raw)
• Mulberries
• Cherries (sour)


SAYUR YANG SESUAI (Ca:P LEBIH TINGGI)

• Collard Greens
• Bok Choy
• Chinese Cabbage
• Beet Greens
• Kale
• Parsley
• Luffa (sponge gourd)
• Coriander
• Celery
• Cabbage
• Butternut Squash
• Lettuce (dark green leaf)
• Okra
• Radish
• Lettuce (romaine)
• Lettuce (red)
• Lettuce (butterhead)


MAKANAN YANG TAK SESUAI DIMAKAN OLEH SUGAR GLIDER SEBAB KANDUNGAN FOSFORUS LEBIH TINGGI DARIPADA KALSIUM


💡 Apabila fosforus terlalu tinggi, sugar glider boleh kena masalah tulang seperti HLP (Hind Leg Paralysis).



Comments

Popular Posts