Skip to main content

PANDUAN ASAS PENJAGAAN SUGAR GLIDER DI MALAYSIA

KESALAHAN OWNER BARU BELA SUGAR GLIDER

KESALAHAN OWNER BARU BELA SUGAR GLIDER Ramai orang mula membela Sugar Glider kerana tertarik dengan rupa mereka yang kecil, comel dan unik. Namun tanpa pengetahuan yang betul, ramai owner baru melakukan kesilapan yang sebenarnya boleh memberi kesan kepada kesihatan dan tingkah laku Sugar Glider. Kesalahan ini biasanya berlaku kerana kurang pengalaman atau maklumat yang tidak tepat. Oleh sebab itu, penting untuk owner baru memahami perkara-perkara asas supaya Sugar Glider dapat dijaga dengan lebih baik. Berikut adalah beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh owner baru. MEMBERI MAKANAN YANG TIDAK SEIMBANG Salah satu kesilapan paling biasa ialah memberi makanan yang tidak seimbang. Ada owner yang hanya memberi buah sahaja kerana menyangka Sugar Glider hanya makan buah. Sebenarnya Sugar Glider memerlukan diet yang seimbang yang terdiri daripada: protein buah sayur nectar atau protein supplement Jika diet tidak seimbang, Sugar Glider boleh mengalami masalah kesihatan seperti Hind Leg ...

Kenapa Sugar Glider Crabbing?

 


Kenapa Sugar Glider Crabbing?

Crabbing ialah bunyi yang Sugar Glider buat bila dia rasa takut, terkejut atau rasa terancam. Bunyi ni sebenarnya cara Sugar Glider pertahankan diri supaya benda atau orang yang dia tak kenal menjauh.

Sugar Glider ialah haiwan kecil yang sangat bergantung pada deria bau dan persekitaran yang dia biasa. Bila tiba-tiba ada perubahan atau benda yang dia tak kenal, dia akan keluarkan bunyi crabbing sebagai tanda dia sedang stress atau takut.

Antara sebab Sugar Glider crabbing:

1. Tak kenal bau owner
Kalau Sugar Glider baru sampai rumah owner baru, dia belum kenal bau manusia yang pegang dia. Sebab tu dia akan crabbing.

2. Terkejut masa tidur
Sugar Glider aktif waktu malam. Kalau dia sedang tidur waktu siang dan tiba-tiba diganggu, dia boleh crabbing.

3. Persekitaran baru
Bila berpindah rumah atau cage baru, Sugar Glider perlukan masa untuk biasakan diri.

4. Tak biasa dipegang
Sugar Glider yang belum bonding dengan manusia biasanya lebih mudah crabbing.

5. Rasa terancam
Kalau ada pergerakan tiba-tiba, bunyi kuat, atau tangan datang terlalu cepat, Sugar Glider boleh rasa takut.

Crabbing sebenarnya perkara normal, terutamanya untuk Sugar Glider yang baru sampai rumah owner baru. Bila Sugar Glider dah biasa dengan bau owner dan persekitaran, bunyi crabbing biasanya akan semakin berkurang.


Comments

Popular Posts