Skip to main content

PANDUAN ASAS PENJAGAAN SUGAR GLIDER DI MALAYSIA

KESALAHAN OWNER BARU BELA SUGAR GLIDER

KESALAHAN OWNER BARU BELA SUGAR GLIDER Ramai orang mula membela Sugar Glider kerana tertarik dengan rupa mereka yang kecil, comel dan unik. Namun tanpa pengetahuan yang betul, ramai owner baru melakukan kesilapan yang sebenarnya boleh memberi kesan kepada kesihatan dan tingkah laku Sugar Glider. Kesalahan ini biasanya berlaku kerana kurang pengalaman atau maklumat yang tidak tepat. Oleh sebab itu, penting untuk owner baru memahami perkara-perkara asas supaya Sugar Glider dapat dijaga dengan lebih baik. Berikut adalah beberapa kesalahan yang sering dilakukan oleh owner baru. MEMBERI MAKANAN YANG TIDAK SEIMBANG Salah satu kesilapan paling biasa ialah memberi makanan yang tidak seimbang. Ada owner yang hanya memberi buah sahaja kerana menyangka Sugar Glider hanya makan buah. Sebenarnya Sugar Glider memerlukan diet yang seimbang yang terdiri daripada: protein buah sayur nectar atau protein supplement Jika diet tidak seimbang, Sugar Glider boleh mengalami masalah kesihatan seperti Hind Leg ...

Apa Itu Sugar Glider?

 

 

Apa Itu Sugar Glider?

Sugar Glider ialah sejenis haiwan kecil yang berasal dari Australia, Papua New Guinea dan Indonesia.
Ia termasuk dalam kumpulan marsupial, iaitu haiwan yang mempunyai kantung seperti kanggaru untuk menjaga anak.

Haiwan ini dipanggil Sugar Glider kerana dua sebab. Pertama, mereka sangat suka makanan manis seperti nektar, buah dan getah pokok. Kedua, mereka mempunyai selaput kulit di antara kaki depan dan kaki belakang yang membolehkan mereka meluncur dari satu pokok ke pokok yang lain.

Sugar Glider juga ialah haiwan nokturnal, iaitu aktif pada waktu malam dan tidur pada waktu siang. Secara semula jadi mereka hidup secara berkumpulan dan sangat bergantung kepada pasangan atau koloninya.

Disebabkan sifatnya yang sosial dan aktif, Sugar Glider memerlukan penjagaan yang betul dari segi diet, ruang sangkar, serta masa untuk bonding dengan pemiliknya supaya mereka kekal sihat dan tidak stres.


Comments

Popular Posts